Kehidupan awal Mswati III

Baginda merupakan anakanda kedua dari 67 putera dari Raja Sobhuza II, dan anak tunggal bagi Ntombi Tfwala, juga dikenali sebagai Inkosikati LaTfwala, salah seorang isteri muda Raja. Baginda diputerakan di Hospital Raleigh Fitkin Memorial, hanya empat bulan sebelum Swaziland mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, dan selepas baginda dan bondanya berangkat balik dari hospital, Duli-duli Yang Maha Mulia bersemayam di kediaman Raja Sobhuza di Etjeni berhampiran Istana Masundwini. Nama keputeraannya ialah Putera Makhosetive (Raja Negeri).